|
Boring2 pg2 yang x tahu nak buat per.. so ni aktivitinya! |
Jeng2.. jumpa lagi N3 Bali Oh Bali Part 4.. sebenarnya saya pun x berapa pasti N3 untuk Bali Oh Bali akan sampai part ke berapa sebab bila dah celoteh itu ini baru sedar Bali Oh Bali Part 3 sebenarnya x sampai pun cerita sehari di sana.. tragisnya..saya di sana lebih kurang 4 hari so, saya harap satu N3 akan mewakili 1 hari tapi..nampak nya satu hari pun sampai 3 N3..kahkah.. actually hari pertama masih ada aktiviti lepas kami balik dari Melasti Jimbaran iaitu jalan2 di Pekan Kuta.. tapi oleh kerana masing2 dah kehabisan bateri kamera, x dapat lah saya snap2 gambar malam tu di Pekan Kuta yang bingit dengan disko dan pub..
Terus ke N3 hari kedua di Bali. Saya bangun agak pagi sebab pkl 6.30 pg cuaca dah cerah so, saya bangun pkl 6 pg untuk solat Subuh. Anyway selepas tu saya dah tak buat apa, so saya ngan Cik Pah decide jalan2 sekitar hotel sambil2 snap gambar. sekaligus terus pergi breakfast.. lepas kami dah puas snap gambar sekitar White Rose Hotel tu.. kami terus pergi breakfast di first floor atas kata lainnya diatas lobi.
|
Tepon tu rosak okey! |
Ada beberapa tip penting yang saya nak kongsi khususnya untuk yang beragama Islam ketika melancong di Bali. Apabila saya sampai di restoran untuk buffet breakfast, saya ada bertanya adakah makanan yang disediakan halal ataupun tidak. Pekerja kat hotel tu bagitau, yes halal tapi ada section yang tidak halal. Dalam hati saya, oo.. mesti mereka asingkan seperti yang di praktikkan di supermarket ataupun hypermarket di Malaysia.. but guess what.. mereka bawa saya tengok daging yang tak halal cuma bersebelahan ataupun berkongsi dengan makanan yang di katakan halal.. toing!!!! saya ngan Cik Pah terus tak boleh nak makan.. konsep halal di Bali hanya pada daging Babi tu sahaja.. bekas2 di kongsi dengan halal food..
Oleh kerana kami tak tahu sumber makanan yang halal yang lain.. saya dan Cik Pah amik keputusan untuk makan roti putih kosong bersama dengan coffee sekadar mengalas perut.. pastu saya tapau 2 biji pisang untuk mengelakkan saya kelaparan.. Lebih sadis, ada diantara kumpulan kami yg terambil daging babi.. nasib baik kami nampak dan apa lagi, kami terus explain yang tu adalah daging babi..
Untuk elakkan rakan lain terambil non halal food, saya dan Cik Pah sanggup berdiri di lobi memerhatikan rakan2 dan bgtau dorang keadaan yang sebenarnya. Memang trip kali ini rasa amatlah dukacita.. hahhahaha.. time tu baru terasa Malaysia di hatiku..
Untuk rakan2 yang berhajat ke Bali.. make sure bawa spare makanan okey! huhuhu...
Gelak tgk org gelak
Dewa apa yer.. x ingat
Kepala dia cam sotong ..kata Cik Pah
Bila semua dah siap sedia, kami dia bawak tgk teater. Mmg agak terlambat.. sebab teater tu dah pun penuh. Apapun sebenarnya kami pun x faham.. orang gelak kami pun gelak.. apa yang digelakkan pon tak berapa pasti sebab byk sgt hantu dalam citer ni!
Dewa Baby ..kata Pak Mandia
Proceed with next destination.. kali ni kami di bawa ke tempat yang agak sejuk iaitu untuk tengok Gunung Berapi dan perjalanan ambil masa lebih dari 2 jam.. memang bosan dok dalam bas.. penat pun ye jugak..
Permandangan gunung berapi dari Restoran
Wajah2 kerinduan pada Malaysia jelas terpancar.. pisang goreng paling sedap!! hahaha
Sampai kat sana pulak cuaca hujan.. memang mendukacitakan.. kawasan memang cantik umpama Cameron Highlands di Malaysia tapi perlu di ingat yang cantik tu tak semestinya bersih. Kalau diperhatikan, Malaysia lebih bersih dari Bali. Ini pandangan saya dan tiada kena mengena dengan pandangan orang lain.
Lepas kami menjamu selera dengan berpemandangan kan Gunung Berapi, kami rehat-rehat sebentar sambil memerhatikan permandangan sekeliling. Masa disini lebih kurang sejam dan amatlah tidak berbaloi dengan perjalanan yang ambil masa lebih kurang 2 jam tu.
Dalam perjalanan balik, kami di bawa ke tempat kopi luwak. Atau lebih sinonim dengan kopi yang amat mahal dalam dunia ni.. kopi yang di proses dari najis musang. Prosesnya macam ni. Malam-malam musang akan makan biji kopi, bila siang dia akan berak dan manusia akan kutip kopi yang diberakkan oleh musang tadi dan jadilah kopi luwak. Di Indonesia kopi ni boleh di minum tapi Fatwa di Malaysia dah haramkan kopi ni.. dari cerita tourist guide kami, proses kopi luwak ni.. apabila dah di kutip, pas tu biji kopi tu di keringkan.. baru lah di basuh dan goreng seperti dalam gambar. Kemudian baru lah di proses.. pendek kata kalau Fatwa Malaysia kata Halal pun saya memang tak boleh nak minum.. teringat beb.. berak musang.. hahhaha..
Kopi luwak yang di goreng kering
Kopi luwak yang diberakkan oleh musang dan di petik oleh manusia
Kedai Kopi Luwak
Apabila semua sudah puas meluwak kan diri.. dalam erti kata lain.. menikmati kopi luwak tp ooppsss saya x sanggup nak minum kopi luwak okey!.. next destination pula tgk Pura lagi.. OMG.. bau-bauan yang kuat bagi saya agak sakit kepala.. pastu plak.. tgk org mandi, kononnya menghapuskan dosa.. ikut kepercayaan orang2 di Bali.
Pura lagi
Pura
Majlis keagamaan kut
Masa yg ditunggu2..pulang ke hotel.. sebelum pulang ke hotel.. kami menjamu selera.. walaupun makanan yang dihidangkan nampak agak sedap.. saya rasa macam.. ermm.. tak lalu nak makan.. Oh Malaysia di hatiku.. hahahaha
Appertizer mlm ini.. Sup taugeh.. saya x pernah rasa di Malaysia.. hahhaha
Makanan yang hidangkan utk kami malam tu
Seterusnya balik ke hotel.. mandi2..dan geng2 kami keluar pergi massage..
huhhuu..tapi xde gambar la .. terlupa .. sorry!!