Wednesday, 20 February 2013

Penceraian Jeslina & Suami di tangguh?

Doalan yang terbaik buat mereka
Sumber: rentakartis
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes penceraian antara penyanyi Jeslina Hashim dan suami, Dion Andrew Vercoe.

Kes penceraian itu ditangguh berikutan Dion Andrew Vercoe tidak dibenar melafazkan talak kerana Jeslina Hashim dalam keadaan tidak suci.
Pasangan ini dikhabarkan tidak duduk sebumbung sejak lapan bulan lalu dan ketika ini dua orang anak hasil perkahwinan mereka berada di bawah jagaan suami.
Selain itu, isu tuntutan hak jagaan anak dan tuntutan mutaah juga menjadi sebab mahkamah bakal menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes penceraian pasangan itu.
Jeslina Hashim yang ditemui wartawan selepas sebutan pertama hari ini berkata, punca penceraian mereka tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ianya bersifat peribadi.

No comments:

Post a Comment