Tuesday, 19 February 2013

Fizz Fairuz: Tunangku Isteri Orang

Fizz Bersama Ex-Tunang dan Almy Nadia
Sumber: rentakartis

Harap-harap semua akan kembali jernih!

Baru seminggu mengikat tali pertunangan, namun Fizz Fairuz telahpun memutuskan ikatan tersebut gara-gara status tunangnya yang sebenarnya merupakan isteri orang. Tunang Fizz Fairuz, Azlyn Massiela, berusia 26 tahun yang berasal dari Kuantan merupakan isteri kedua kepada seorang usahawan.
 
Mereka berdua berkenalan di satu lokasi penggambaran dan menjadi semakin rapat setelah memiliki kawan yang sama di Kuantan.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-seoalah diatur oleh dia sejak kami berkenalan setahun lalu. Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu,” kata Fizz Fairuz.
Jika dilihat pada ceritanya, kemungkinan juga Fizz Fairuz terkena buatan orang. Bak kata Fizz, 7 tahun beliau bersama Almy Nadia, begitu susah untuk mereka berdua disatukan. Hubungan Fizz dan tunangnya turut diketahui oleh Almy Nadia. Malah Almy Nadia pernah menasihatkan agar Fizz Fairuz pergi berubat kerana keadaannya yang tidak terurus.
“Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung. Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang,” ujarnya lagi.
Mengejutkan juga kisah ni. Sampaikan isteri orang pun boleh ditunangkan juga. Kalau betul Fizz Fairuz telah disihir, semoga insan yang bertanggungjawab mendapat balasan yang setimpal. Mungkinkah hubungan Fizz Fairuz dan Almy Nadia akan bertaut kembali?

No comments:

Post a Comment