Tuesday 26 March 2013

Kena bernikah kali kedua????? Pernikahan Pertama Siti Fazurina Tak Sah

              Screen Shot 2013-03-26 at 12.39.43 AM

Bukan boleh dibuat main, tapi itulah hakikat sebenar yang harus diterima apabila pelakon, Siti Fazurina akhirnya akur dan terpaksa nikah untuk kali kedua kerana pernikahannya bersama suami, Muhammad Hykal Zulkifli, 32, pada 20 Disember tahun lepas tidak sah mengikut hukum syarak.
Pernikahan keduanya telah berlangsung pada 20 Mac lepas, selepas 3 bulan mereka menjadi pasangan ‘suami isteri’.
“Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.” – Zubaidah Abu Bakar, ibu Siti Fazurina.
Menurut ibu Fazurina, pelakon ini telah memberitahu bahawa dia adalah anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan maklumat tersebut adalah palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang.
Dalam pada itu, walaupun sudah bernikah kali kedua berwalikan adik kandungnya sendiri, ibu Fazurina ketika ditemubual memberitahu bahawa dia masih belum terfikir untuk memaafkan kesilapan Fazurina.
“Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu.”
Apa pun, semoga Fazurina dan suami hidup bahagia dan tak salah jika ibu memahami anak pula. Perkara yang lepas kan tak elok jika dikenang.

Monday 25 March 2013

Baby Shower Fasha Sandha

  Sumber: Oh Bulan

Fasha Sandha Baby Shower-13
Hampir bergelar ibu kepada anak pertamanya yang dijangkakan lahir tidak lama lagi, Fasha Sandha baru-baru ini telah menganjurkan sebuah majlis bagi meraikan berita gembira yang bakal menyusul tidak lama lagi.
Bertemakan warna biru, majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang lagi rakan selebriti lain seperti Eizlan Yusof, Amanda Misbun, Faradhiya, Zizan dan juga beberapa orang lagi artis popular lain.
Melalui foto yang dilihat dilaman Instagram Fasha, pelakon ini juga telah menerima banyak hadiah dari rakan-rakan. Tahniah pad Fasha dan juga Jejai yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
 

Fuh! Apabila Nora Danish & Rusdy Ramli Berpelukan Atas Katil…

Sumber: Oh Bulan


 
Screen Shot 2013-03-26 at 12.24.33 PM
Segar mata kami pagi ini apabila sebuah babak ranjang Nora Danish & Rusdy Ramli dipertontonkan kepada umum melalui trailer berdurasi 1:32, ‘Mencari Cinta’.
‘Mencari Cinta’, sebuah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi mengisarkan Myra lakonan Nora Danish yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi terpaksa dibatalkan apabila teman lelakinya itu terkantol mempunyai teman wanita yang lain. Bagi menutup malu, ibu bapanya terpaksa mengahwinkan Myra dengan seorang jejaka kampung, Razlan Ariffin lakonan Rusdy Ramli kerana segala persiapan kahwin telah siap dan kad jemputan pun sudah diedarkan.
Razlan juga mempunyai kisah cinta yang gelap. Mila lakonan Fauziah Gous telah membatalkan tali pertunangan mereka kerana dia ingin melanjutkan pelajaran.
Bagaimanakah Myra & Razlan dipertemukan? 
Semuanya bermula apabila bapa Myra, Tan Sri Johan meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya, juga ibu kepada Razlan. Menyedari kedua-duanya mempunyai sejarah hitam, Tan Sri Johan bersetuju untuk mengahwinkan Myra dengan Razlan.
Apa pun, idea Tan Sri Johan mendapat tentangan daripada Myra kerana dia memandang jelik terhadap Razlan yang dibesarkan dengan cara kampung. Padanya, lelaki itu tak sama taraf dengannya yang selama ini dibesarkan dengan cara bandar.
Jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Akhirnya Myra tetap berkahwin dengan Razlan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Razlan bagi menjinakkan isterinya.
Daripada benci, bertukar menjadi cinta. Bagaimanapun, sebuah konflik berlaku apabila Razlan bertemu semula dengan bekas tunangnya, Mila, dan Myra ditagih semula cintanya oleh bekas kekasih, Malek.
Apakah yang akan jadi kepada mereka? Filem ini akan menemui anda pada 25 April 2013. Saksikan trailer selepas ini.

Sunday 17 March 2013

Bahasa Dalam Pendidikan kanak-kanak

Sumber: Dewan Bahasa Dan Pustaka
 
 
Manusia dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device) untuk membolehkan bahasa dapat dikuasai mereka. Bahasa ialah alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain, dengan menggunakan bunyi-bunyi yang bermakna yang dikeluarkan oleh alat ujaran yang terdapat di dalam tubuh manusia. Bunyi-bunyi ini tersusun mengikut hukum-hukum bahasa yang ada dalam masyarakat pengguna bahasa tersebut.
Bahasa dapat melambangkan, bukan sahaja buah fikiran, malah perasaan dan keinginan manusia itu. Walau bagaimanapun, bagi setiap kanak-kanak yang baharu dilahirkan, mereka memulakan kehidupannya tanpa bahasa. Proses pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak akan berlaku sedikit demi sedikit, mengikut perkembangan mental dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu sendiri secara keseluruhan.
Perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mental, kecerdasan, pengalaman, dan latar belakang sosial yang dilalui mereka. Sehubungan dengan hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak adalah tidak mungkin dapat dipisahkan daripada corak kehidupan keluarga kanak-kanak tersebut.
Seseorang kanak-kanak itu, dari saat kelahirannya, mereka sudah mengeluarkan bunyi dari mulutnya dalam bentuk tangisan, tetapi bunyi ini tidaklah dikatakan bahasa. Hal ini demikian kerana bunyi tangisan tidak mempunyai pola-pola yang teratur yang dapat menyampaikan fikiran dan perasaan dengan setepat-tepatnya. Peringkat ini. dikatakan peringkat membebel oleh para sarjana psikologi kanak-kanak. Peringkat ini berlaku ketika peringkat bayi, iaitu yang berumur 0 hingga satu tahun dan bunyi yang dikeluarkan tidak mempunyai makna yang jelas.
Kanak-kanak hanya boleh dikatakan mempunyai bahasa apabila mereka sudah dapat menghasilkan dan membezakan satu bunyi ujaran daripada bunyi yang lain dalam hubungannya dengan orang lain. Bahasa yang diperoleh kanak-kanak itu dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bahasa egosentrik dan bahasa perhubungan (sosialized speech).
Bahasa egosentrik ialah bahasa yang tertumpu pada diri sendiri dan bahasa ini dilahirkan melalui tiga cara, iaitu pengulangan, monolog, dan monolog tumpuan. Bahasa egosentrik jenis pengulangan ialah percakapan kanak-kanak yang diulang-ulang secara terus-menerus. Pengulangan itu berlaku pada kata atau suku kata yang diujarkan. Tujuan pengulangan semata-mata untuk keseronokan atau kegembiraan.
Bahasa egosentrik monolog pula ialah percakapan kanak-kanak yang seolah-olah menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sedang berfikir, dan fikiran itu dilahirkan dalam bentuk bunyi, dan kemudiannya dalam bentuk kata. Sementara itu, apabila kanak-kanak itu mencuba untuk menghubungkan butir percakapannya dengan orang yang berdekatan dengannya, sungguhpun orang itu tidak diajak bercakap dengannya, percakapan ini disebut monolog tumpuan.
Sementara dalam bahasa perhubungan atausocialized speech, kanak-kanak akan bertukar-tukar fikiran dengan orang lain dengan menggunakan pelbagai cara seperti bercerita, bertengkar, mengulas, membantah, bertanya, dan sebagainya. Hal ini membayangkan bahawa pada tahap ini, bahasa digunakan oleh kanak-kanak untuk menanggap dunia di sekeliling mereka. Pola pemikiran kanak-kanak adalah jelas terpancar dalam bahasa yang digunakan oleh mereka ketika berkomunikasi.
Jika ditinjau dari segi perkembangan bahasa kanak-kanak, kata-kata yang mula-mula sekali dipelajari seseorang kanak-kanak ialah kata-kata utama, iaitu kata-kata yang penting yang merujuk kepada nama, seperti “emak”, “ayah”, “susu”, “mandi”, “air”, “makan”, “kucing”, “adik”, dan lain-lain lagi . Hal ini membayangkan bahawa pemikiran kanak-kanak lebih tertumpu pada kata-kata dan objek-objek yang konkrit. Kata-kata abstrak tidak wujud lagi ketika itu. Oleh sebab itu, kata tugas sepertidan”, “pada” dan “dari”, tidak akan timbul dalam bahasa kanak-kanak pada peringkat awal.
Perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku tanpa disedari. Hal ini demikian kerana seseorang kanak-kanak menguasai bahasanya secara meniru dan tanpa secara langsung. Hal ini bermaksud seseorang bahawa kanak-kanak tidak perlu mendapatkan pendidikan formal untuk mempelajari bahasa pada peringkat awal, sebaliknya memperolehnya daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli masyarakat di persekitarannya.
Hal ini terkandung dalam Hipotesis Tabula Rasa Behaviorisme dan Gagasan Teori Pemelajaran Sosial yang diasaskan oleh Miller dan Dollar, yang antara lain menyatakan bahawa pemelajaran dan perubahan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu dapat dilakukan melalui pemerhatian dan peniruan model. Dalam konteks bahasa dan pendidikan kanak-kanak, ibu bapa dan orang yang paling hampir dengan kanak-kanak tersebut merupakan model yang ideal. Hal ini turut dinyatakan dalam petikan hadis seperti yang berikut:
“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapalah yang mencoraknya sama ada mahu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Seterusnya, dalam perkembangan bahasa kanak-kanak, perkataan yang cepat dikuasai kanak-kanak ialah nama kanak-kanak itu sendiri. Kebetulan pula dalam budaya orang Melayu, menyebut nama sendiri dianggap ”mesra” dan diteruskan hingga peringkat bahasa orang dewasa. Malah, tidak hairanlah jika artis-artis popular negara kita turut menyebut nama mereka bagi menggantikan kata ganti nama diri “saya” kerana penggunaan nama dianggap lebih mesra.
Perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak akan terus berkembang mengikut masa dan umur. Dalam masa yang silih-berganti, kanak-kanak akan dapat memahami penggunaan kata penjodoh bilangan, seperti helai, biji, ekor, dan sebagainya. Kanak-kanak juga akan menguasai pelbagai aspek bahasa yang lain yang didedahkan kepada mereka. Dengan banyak memberikan pendedahan bahasa kepada kanak-kanak, ibu bapa dan ahli keluarga tidak sahaja mengajarkan nahu kepada kanak-kanak itu, tetapi juga mereka sudah membantu memperluas pandangan, pemikiran, dan pemahaman kanak-kanak tentang kehidupan di alam ini.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa disarankan menggunakan bahasa yang betul dari segi nahu dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kanak-kanak yang sering mendengar bahasa orang dewasa akan sedaya upaya meniru pengucapan orang dewasa itu. Demikian juga terdapatnya pendapat yang mengatakan bahawa kanak-kanak tidak menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri mereka dengan perbezaan loghat yang didengar oleh mereka kerana setiap kanak-kanak dilahirkan dengan daya untuk memahami alam sekitarnya, termasuklah bahasa.
Seseorang kanak-kanak tidak akan memperoleh pengetahuan bahasa jika kanak-kanak itu tidak pernah mendengar orang lain bertutur. Dengan hal demikian, kanak-kanak yang ada pengetahuan bahasa sahajalah yang dapat mencipta konsep-konsep atau pengertian tertentu tentang sesuatu yang dilihat, didengar, dan yang dialami mereka.
Apabila kanak-kanak menjadi lebih dewasa, kanak-kanak itu perlu didedahkan oleh ibu bapa dan guru dengan persekitaran penggunaan bahasa halus. Ketika itu, kanak-kanak akan menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan lebih meluas, termasuk untuk mempelajari ilmu, mencatatkan dan merekodkan segala pengalaman yang ditempuhi mereka nanti. Hal ini demikian kerana pendedahan kepada persekitaran bahasa ialah satu daripada syarat yang diperlukan jika seseorang itu ingin menguasai sesuatu bahasa di dunia ini.
Pendedahan kanak-kanak terhadap persekitaran bahasa dalam lingkungan kehidupannya diikuti dengan latihan, akan memberikan pengalaman berbahasa yang sangat berguna kepada kanak-kanak tersebut. Kekerapan seseorang kanak-kanak itu mendengar bentuk bahasa yang dituturkan oleh orang di sekeliling mereka menyebabkan mereka memperoleh bahasa tersebut dalam konteks yang sebenarnya. Seterusnya, kanak-kanak itu akan dapat membina ayat yang mudah dan ayat yang pendek yang lazim didengarnya bagi tujuan sosialisasi.
Selain itu, ibu bapa disarankan agar membentuk tingkah laku anak-anak mereka menggunakan bahasa kiasan. Dengan menggunakan bahasa kiasan, nilai pengajaran, keagamaan, kemanusiaan, dan sebagainya, dapat disampaikan secara tidak langsung. Di samping itu, ibu bapa dapat menerapkan amalan bersopan santun dan berbudi bahasa dalam diri kanak-kanak. Hal ini bertujuan untuk mendidik anak-anak mereka agar sentiasa menjaga tutur kata ketika berbicara.
Selain itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa zaman sekarang untuk menyampaikan warisan bahasa masyarakat Melayu dahulu agar diketahui dan dikuasai generasi muda zaman sekarang. Kehebatan generasi Melayu dahulu yang lebih gemar berkias sebagai satu cara untuk menyampaikan pengajaran dan melahirkan isi hati, di samping membentuk insan yang berketerampilan dari segi penggunaan bahasanya, perlu didedahkan kembali. Sejarah tamadun manusia telah membuktikan bahawa bahasa adalah berkait rapat dengan pembinaan manusia yang bertamadun.
Penggunaan kiasan atau simpulan bahasa seperti “mandi kerbau”, “hangat-hangat tahi ayam”, harus didedahkan untuk menggalakkan kanak-kanak membuat sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Dalam usaha mendidik kanak-kanak agar tidak tamak, selitkanlah kiasan peribahasa seperti “beri betis hendak paha” atau “bagai anjing dengan bayang-bayang”.
Sementara itu, bagi menghalang seseorang kanak-kanak daripada suka bergaduh, mencetuskan konflik, berikan nasihat dengan menggunakan kiasan “sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa”, “tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata” “bagai mulut murai”, dan sebagainya. Begitu juga dalam mendidik kanak-kanak agar sabar dengan kerenah kawan-kawan atau adik-beradik, tenangkan hati mereka dengan kiasan peribahasa, “banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam”.
Selain itu, kanak kanak itu perlu juga didedahkan dengan bahasa yang berunsur kreatif dengan tujuan memupuk bakat seni dalam diri mereka. Dalam hal ini, pendedahan kepada cerpen, puisi tradisonal, puisi moden, novel, drama, dan sebagainya, adalah digalakkan. Dengan adanya usaha daripada ibu bapa, guru dan ahli masyarakat, pembinaan insan yang luhur dan berketerampilan akan berhasil serta dapat dibentuk dalam kalangan generasi muda.
Bangsa Melayu sememangnya tidak dinafikan mempunyai nilai rasa yang tersendiri dan menilai tinggi terhadap budi bahasa seseorang. Orang yang berbudi bahasa, berbudi mulia dan bersopan santun dalam berbahasa akan diberi nilai yang sangat tinggi. Orang yang tidak berbudi bahasa dan bercakap dengan cara yang tidak sopan akan dianggap berperangai rendah, tidak berbudi dan dikatakan kurang ajar atau biadab. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai bentuk penggunaan bahasa, yang tersurat dan yang tersirat, agar mereka dapat menjadi insan yang mempunyai nilai kesopanan dan kehalusan budi pekerti.
Selain itu, mereka perlu menjadi anggota masyarakat yang kaya dengan adab sopan serta halus budi pekertinya. Mereka perlu menjadi warganegara Malaysia yang sentiasa bijaksana dalam menyelesaikan masalah dalam keluarga, dalam masyarakat dan dalam negara. Di samping itu, mereka sentiasa berhati-hati dengan kata-kata yang dilafazkan, berhati-hati ketika mengujarkan sesuatu supaya tidak menyinggung persaan orang lain. Mereka harus juga menyedari bahawa “telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya”.
Sehubungan dengan hal itu, kanak-kanak perlu dilatih agar berfikiran rasional sejak di bangku sekolah lagi. Ungkapan “ikut rasa binasa, ikut hati mati, dan ikut akal kekal” perlu didedahkan kepada mereka supaya mereka dapat bertindak dengan wajar dan adil. Begitu juga dengan ungkapan “menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserakan”. Kiasan Melayu ini cukup bermakna kerana kiasan ini mengingatkan seseorang supaya berhati-hati, teliti, berpandangan jauh, sabar, ikhlas, dan memikirkan keputusan yang positif demi menjaga kepentingan semua pihak.
Demikian juga dengan kiasan, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Kiasan ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu terdahulu telah banyak menyemaikan benih pendidikan yang bijaksana menerusi bahasa kiasan untuk ahli masyarakatnya. Melalui bahasa kiasan, mereka membentuk perilaku masyarakat yang mulia, menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik dan menjaga hubungan dalam masyarakat. Inilah kekayaan bahasa Melayu. Bangsa Malaysia hari ini perlu meneruskan kelangsungan bangsa yang bersopan-santun, berbudi pekerti mulia, bijaksana serta pandai menjaga hubungan dalam masyarakat dengan menggunakan bahasa yang diwarisi. Insan yang bermaruah akan menaikkan martabat bangsanya.
Sehubungan dengan hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak ada hubung kaitnya dengan perkembangan mental seseorang kanak-kanak itu. Justeru, bagi memastikan berlakunya perkembangan bahasa yang ”sihat”, seseorang kanak-kanak itu perlu diberi pengayaan bahasa oleh ahli masyarakatnya. Pelbagai bentuk ragam bahasa perlu didedahkan kepada kanak-kanak supaya penguasaannya lebih menyeluruh, iaitu tidak terhad kepada tujuan untuk memperoleh ilmu semata-mata, tetapi juga untuk menjadi insan yang berketerampilan, berkemahiran, dan beroleh kecekapan dalam berkomunikasi.

Kedai Oh Kedai

Erm.. rasa rindu sangat nak berblog.. saya sangat sibuk dengan susun atur Genne Red Shoppe yang akan di buka secara rasminya sedikit masa saja lagi.
Kepada saudara mara, rakan taulan dan pelanggan Genne red, terima kasih di atas sokongan anda.
Sedikit sebanyak pembukaan Pejabat Urusan ini adalah bagi melancarkan segala urusan dan process pembelian. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menyokong kami.

JASAMU DIKENANG..

Doakan Genne Red terus maju dan maju. Insya Allah..
Teddy Bear Section
 
Edicational Toys Section
Display Bahagian Depan
Antara sebahagian susun atur
 
Kepada yang nak bershopping.. sila click SHOP HERE diatas..

Monday 11 March 2013

Exercise Ball

Exercise Ball For Kids & Adult.

Diameter: 75cm & 65cm
Ciri-ciri: Tahan Lasak, mudah di pam, bermutu tinggi.
Sesuai untuk seisi keluarga.
Pelbagai Colour: Hijau, Kuning, Merah & Hijau.

HARGA(75cm) : RM48.00
HARGA(65cm) : RM40.00

LEBIH MENARIK.. PAM DIBERI PERCUMA!!!


Wednesday 6 March 2013

Pretend Play is coming

Parking Square For your Boy!
 
Angry Bird

Cooking Set
 
Doktor Play Set
 
PM kami utk harga yang terhebat!!