Thursday 28 February 2013

Puzzle Collection

Ni diantara stok puzzle yang baru sampai..
berminat? PM kami yer..

Wooden puzzle dan puzzle plastik yang di tawarkan adalah yang bermutu tinggi..
Bahagian Luar

Bahagian dalam

Bahagian Luar

Bahagian dalam

Puzzle ABC

Puzzle Turtle

Jom belajar tgk jam

Belajar tulis ABC tau

mari belajar kira2

Matematik

ABC lagi

ABC with animal

Pooh Geng

Mickey Geng

Belajar kenal colour.

Tuesday 26 February 2013

New Teddy is coming..

New teddy is coming.. it's coming..la..lala..la..la...
                                                         Himpunan bear2 yang sampai!!
Antara bear2 yang sampai
Ada yang pakai baju lagi
High Quality
Termurah di pasaran
Walaupun nampak comot tapi berbulu lembut
 Ni diantara gambar yang ada. Oleh kerana kami pengimport terus, harga yang ditawarkan amatlah berpatutan.. Anda boleh compare harga kami di pasaran dan pasti puas hati..

Beri kami sehari 2 untuk updatekan besar, saiz dan harga.. terdapat lebih daripada 50 design utk anda.

Saya Dan Hans Isaac Sudah Tiada Sebarang Perasaan Cinta – Elaine Daly



Dipetik dari Oh Bulan.

Pelakon serta pengacara Elaine Daly, 36 akui selama 16 tahun mengenali aktor kacak Hans Isaac, dirinya telah menganggap hubungan mesra mereka hanya sekadar kawan rapat atau lebih disifatkan seperti adik-beradik, tanpa melibatkan sebarang perasaan cinta.
“Kami ibarat kawan baik selepas berpisah sepuluh tahun lalu dan saya juga anggap dia seperti abang saya. Kedua-dua belah keluarga kami pun rapat. Saya dan Hans sudah tiada sebarang perasaan cinta.
“Sebelum ini Hans pun ada keluar lepak bersama-sama saya dan bekas teman lelaki saya. Kami menghormati satu sama lain dan saya andaikan perpisahan kami adalah perpisahan terbaik sepanjang hidup saya.”
Mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Hans, pengacara ‘The Breakfast Show’ ini akui tidak merasa rimas sekiranya namanya sering dikaitkan dengan jejaka tersebut, kerana sebelum ini mereka pernah bercinta dalam tempoh waktu yang agak lama.
“Enam tahun bersama Hans adalah satu tempoh panjang malah, ada antara kawan-kawan saya yang berkahwin pun tidak sampai usia enam tahun.
“Tidak menjadi masalah kalau saya sering dikaitkan dengan Hans sebab kami bersama dalam satu tempoh yang panjang.
“Apapun saya bersyukur kerana tidak membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin ketika berusia 20-an kerana kematangan dan pemikiran kita berbeza apabila kita semakin berusia. Sekarang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan seorang ibu!”
Dalam pada itu, aktres jelita ini turut menegaskan yang hubungannya dengan Hans tidak mungkin bersatu.
Selagi Hans gembira dengan tindakan yang dilakukannya, saya pun gembira. Kalau dia nak kahwin dengan siapa pun saya gembira. Tapi saya tegaskan kami tak akan boleh bersama atau berkahwin kerana kami umpama adik-beradik.

Eva Form Table & Chair Now Available

NEW @ Genne Red.                                  STOCK LIMITED

Eva Form Table & Chair

Ciri-ciri: Ringgan, tidak boleh mencederakan kanak-kanak.
               Orang Dewasa juga boleh duduk di kerusinya.

Pixar


Mickey & Minnie

Pooh


                                                                  Princess
 Belum lagi di update di Genne Red Shop. PM kami untuk dapatkan best price!

Bali Oh Bali Part 5

Suasana pagi sebelum ke pantai

Tadaaa.. back to Bali Oh Bali Part 5.. huhuhu.. Ermm untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.. saya taip semua N3 di word and baru copy & paste di Blog.. sebab keadaan internet yang tidak mengizinkan.. anyway saya amatlah gembira dapat meneruskan Bali Oh Bali walaupun agak lambat.. sorry..sorry..

Hari ke3 di teruskan dengan jayanya.. kenapa dengan jayanya? Sebab geng saya sume siap sedia dengan lebih awal kerana teruja nak buat aktiviti pantai.. hahahha… kalau sebut Pura confirm dorang lambat lagi..kehkeh..
KL Apex Team ready for water sport
Bali Beach.
 
KL Apex team lagi

Sampai di pantai.. tgk pantai di Bali xlah sehebat yang di perkatakan. Biasa2 jer.. pandangan saya banyak lagi pantai di Malaysia yg cantik2.. huhuhu..

Kebanyakan geng saya mmg giler main mainan pantai.. jet ski la, flying la, donut la.. banana la.. mcm2.. so saya pun terlibat seperti gambar2 kat bawah ni.
Me testing for jet ski skill..testing la sangat!!
 

Then, kami ke pulau penyu.. and guess what, kami dapat pegang penyu. Really best..tp bila dipikirkan balik, kesian plak pada penyu2 yg x bebas tu..Malaysia amat menjaga penyu tp Negara lain sebaliknya..
Di Pulau Penyu tu pulak kami dapat pegang ular, yesss.. sesi mencabar diri..finally saya dapat juga beranikan diri pegang ular.. BRAVO..BRAVO..
 

Pas tu plak kami lepak2 sambil minum2..

Pergi balik kami dengan group yang sama.. so nice!hehehhe

Mula2 rasa ok.pastu rasa K.O bila ular tu gerak2..hahha.
Big turtle.. kesian tengok.. 
Pas balik semula ke pantai.. kami sambung main para shout.. mmg best.. tapi rasa x puas sebab kejap sangat..

Nice view tau dari atas.. hahha..
 
Dah main.. kami nak gi makan tengahari.. guess what.. perjalanan ambik masa lebih 2 jam.. warghhhh.. lapar2.. hahhahaha.. semua dalam perjalanan tidur..tp saya  tak boleh.. berjaga la sorang2 dengan driver bas tu..
Lepas makan.. posing2..
 

Sampai destinasi tu kami makan hanya lebih kurang 1 jam, snap gambar skit2 but guess.. teruskan perjalanan ke tempat lain.. seriously mmg x berbaloi.. huhuu..
 

Next destination is Tanah Lot.. permandangan yg cantik.. boleh gila2 shopping tp x berapa bersih…
Jumpa lagi dalam N3 seterusnya.. Tadaaaa... 

Friday 22 February 2013

Kerja Oh Kerja..

Geng2 KL sedang khusyuk dengar training


Boss waiting for photoshot session
Arrrgghhh.. rindu nak berblog.. anyway.. saya sangat penat hari ni sebab perjalanan ke office JB.
Tapi rindu nak berblog punya pasal.. sempat gak menyelit..
gambar2 yang terpapar adalah antara aktiviti apabila sampai di JB.
Agak penat.. dan waiting return to hotel..
Anyway, harap2 semua nya berjalan lancar dan boleh balik dengan jayanya pada hari Ahad.. rasa cam dah lama sangat tinggalkan Puchong.. padahal baru sehari jer..
Rindu pada 2 budak.. ermm..

2 budak yang sentiasa saya rindu..hurmm
Hopefully I can bought something for them before i'm leave JB.
Anyway, thanks jugak to My En. Hubby coz very sporting and supportive juga tolong saya jaga 2 lovely princess bila saya bekerja. LUV you so much.. muahhhhhh..
Gambar semasa trip ke China baru2 ini

Hahahaa.. as promise, i put this picture.. kahkah.. sebab aksi2 mata yang terlampau tu..
Saya dah janji saya akan letak gambar kalu aksi mimik muka dibuat..:-) LOL...
Lagi gambar candid hari ni..
Cik Pah depan Apex JB office
 
OK.. jumpa lagi ok.. nanti sambung.. sibuk dah ni.. huhuhu.. Anyway, saya masih ada N3 Bali Oh Bali, China Session 3.. Penang Holiday.. ohhhh.. sorry yang ternanti2 N3 tu yerk.. akan diusahakan secepat mungkin... Tadaaaaaa...

Thursday 21 February 2013

Penyanyi Terry Tolak Hazama, Akim Kerana Suka Aril?

Aril jadi pilihan
Sumber: Murai

Bukan sengaja nak panaskan hubungan Naib Juara Akademi Fantasia Musim 7, Aril dengan rakan seperjuangannya yang lain seperti Akim dan Hazama yang juga berasal dari program realiti hiburan terbitan Astro ini.

Tapi, apa yang  hendak sampaikan ini agak menarik juga. Ianya mengenai penyanyi wanita Indonesia, Terry yang dulunya pernah membawakan lagu Aishah berjudul Janji Manismu.


Khabarnya, Terry bakal merakamkan semula lagu lama yang berjudul Tulus. Namun, lagu tersebut disampaikan secara duet bersama penyanyi kita. Dan, rasa korang pun tahulah siapakah penyanyi kita . Dah tentulah Aril.

Yang menariknya, sebelum berjumpa dengan Aril, Terry turut diberi pilihan untuk membawakan lagu itu dengan Hazama yang juga merupakan juara AF9 serta Akim (pemenang ketiga AF7).


Tapi, nampaknya Aril yang jadik pilihan si Terry ni. Bukan sebab apa-apa. Tapi, disebabkan melihat profil Aril, si Terry khabarnya dah jatuh hati serta suka sangat dengan adik kepada penyanyi arwah Azwan Pilus ini. Malah, khabarnya Terry juga sangat menyukai karektor Aril.

Amboi, hebatnya penangan Aril. Sampaikan Terry mengusulkan sendiri kepsda syarikat rakamannya di Indonesia bahawa dia mahu berduet dengan Aril menerusi lagu Tulus itu dan selepas dipertimbangkan, akhirnya permintaannya itu diterima.

Apa lagi, sukalah si Terry. Tapi, Murai Batu tak tahulah apa yang berlaku seterusnya selepas Terry berjumpa dengan Aril. Tapi, Murai Batu sama sekali tidak hairan kalau Terry betul-betul suka giler dengan Aril.

Sebab, bukan apa, Aril ni walaupun nampak rugged dan boleh bershuffle tapi dia ni pun romantik serta manja orangnya. Dah tentu, senang untuk mana-mana wanita rasa cair dengan si Aril. Tapi, macam mana pulak hubungan Aril dengan Diana Anak Wayang sekarang ini ya? Aril-Diana-Terry, alamak seramnya!

Bali Oh Bali Part 4

Boring2 pg2 yang x tahu nak buat per.. so ni aktivitinya!
Jeng2.. jumpa lagi N3 Bali Oh Bali Part 4.. sebenarnya saya pun x berapa pasti N3 untuk Bali Oh Bali akan sampai part ke berapa sebab bila dah celoteh itu ini baru sedar Bali Oh Bali Part 3 sebenarnya x sampai pun cerita sehari di sana.. tragisnya..saya di sana lebih kurang 4 hari so, saya harap satu N3 akan mewakili 1 hari tapi..nampak nya satu hari pun sampai 3 N3..kahkah.. actually hari pertama masih ada aktiviti lepas kami balik dari Melasti Jimbaran iaitu jalan2 di Pekan Kuta.. tapi oleh kerana masing2 dah kehabisan bateri kamera, x dapat lah saya snap2 gambar malam tu di Pekan Kuta yang bingit dengan disko dan pub..

Terus ke N3 hari kedua di Bali. Saya bangun agak pagi sebab pkl 6.30 pg cuaca dah cerah so, saya bangun pkl 6 pg untuk solat Subuh. Anyway selepas tu saya dah tak buat apa, so saya ngan Cik Pah decide jalan2 sekitar hotel sambil2 snap gambar. sekaligus terus pergi breakfast.. lepas kami dah puas snap gambar sekitar  White Rose Hotel tu.. kami terus pergi breakfast di first floor atas kata lainnya diatas lobi.
Tepon tu rosak okey!

Ada beberapa tip penting yang saya nak kongsi khususnya untuk yang beragama Islam ketika melancong di Bali. Apabila saya sampai di restoran untuk buffet breakfast, saya ada bertanya adakah makanan yang disediakan halal ataupun tidak. Pekerja kat hotel tu bagitau, yes halal tapi ada section yang tidak halal. Dalam hati saya, oo.. mesti mereka asingkan seperti yang di praktikkan di supermarket ataupun hypermarket di Malaysia.. but guess what.. mereka bawa saya tengok daging yang tak halal cuma bersebelahan ataupun berkongsi dengan makanan yang di katakan halal.. toing!!!! saya ngan Cik Pah terus tak boleh nak makan.. konsep halal di Bali hanya pada daging Babi tu sahaja.. bekas2 di kongsi dengan halal food..

Oleh kerana kami tak tahu sumber makanan yang halal yang lain.. saya dan Cik Pah amik keputusan untuk makan roti putih kosong bersama dengan coffee sekadar mengalas perut.. pastu saya tapau 2 biji pisang untuk mengelakkan saya kelaparan.. Lebih sadis, ada diantara kumpulan kami yg terambil daging babi.. nasib baik kami nampak dan apa lagi, kami terus explain yang tu adalah daging babi..

Untuk elakkan rakan lain terambil non halal food, saya dan Cik Pah sanggup berdiri di lobi memerhatikan rakan2 dan bgtau dorang keadaan yang sebenarnya. Memang trip kali ini rasa amatlah dukacita.. hahhahaha.. time tu baru terasa Malaysia di hatiku..

Untuk rakan2 yang berhajat ke Bali.. make sure bawa spare makanan okey! huhuhu...

Gelak tgk org gelak
 
Dewa apa yer.. x ingat
 
Kepala dia cam sotong ..kata Cik Pah
 
 
Bila semua dah siap sedia, kami dia bawak tgk teater. Mmg agak terlambat.. sebab teater tu dah pun penuh. Apapun sebenarnya kami pun x faham.. orang gelak kami pun gelak.. apa yang digelakkan pon tak berapa pasti sebab byk sgt hantu dalam citer ni!
 
Dewa Baby ..kata Pak Mandia
 

Proceed with next destination.. kali ni kami di bawa ke tempat yang agak sejuk iaitu untuk tengok Gunung Berapi dan perjalanan ambil masa lebih dari 2 jam.. memang bosan dok dalam bas.. penat pun ye jugak..

Permandangan gunung berapi dari Restoran

Wajah2 kerinduan pada Malaysia jelas terpancar.. pisang goreng paling sedap!! hahaha


Sampai kat sana pulak cuaca hujan.. memang mendukacitakan.. kawasan memang cantik umpama Cameron Highlands di Malaysia tapi perlu di ingat yang cantik tu tak semestinya bersih. Kalau diperhatikan, Malaysia lebih bersih dari Bali. Ini pandangan saya dan tiada kena mengena dengan pandangan orang lain.

Lepas kami menjamu selera dengan berpemandangan kan Gunung Berapi, kami rehat-rehat sebentar sambil memerhatikan permandangan sekeliling. Masa disini lebih kurang sejam dan amatlah tidak berbaloi dengan perjalanan yang ambil masa lebih kurang 2 jam tu.

Dalam perjalanan balik, kami di bawa ke tempat kopi luwak. Atau lebih sinonim dengan kopi yang amat mahal dalam dunia ni.. kopi yang di proses dari najis musang. Prosesnya macam ni. Malam-malam musang akan makan biji kopi, bila siang dia akan berak dan manusia akan kutip kopi yang diberakkan oleh musang tadi dan jadilah kopi luwak. Di Indonesia kopi ni boleh di minum tapi Fatwa di Malaysia dah haramkan kopi ni.. dari cerita tourist guide kami, proses kopi luwak ni.. apabila dah di kutip, pas tu biji kopi tu di keringkan.. baru lah di basuh dan goreng seperti dalam gambar. Kemudian baru lah di proses.. pendek kata kalau Fatwa Malaysia kata Halal pun saya memang tak boleh nak minum.. teringat beb.. berak musang.. hahhaha..
Kopi luwak yang di goreng kering
Kopi luwak yang diberakkan oleh musang dan di petik oleh manusia
 
Kedai Kopi Luwak

Apabila semua sudah puas meluwak kan diri.. dalam erti kata lain.. menikmati kopi luwak tp ooppsss saya x sanggup nak minum kopi luwak okey!.. next destination pula tgk Pura lagi.. OMG.. bau-bauan yang kuat bagi saya agak sakit kepala.. pastu plak.. tgk org mandi, kononnya menghapuskan dosa.. ikut kepercayaan orang2 di Bali.
Pura lagi

Pura

Majlis keagamaan kut


Masa yg ditunggu2..pulang ke hotel.. sebelum pulang ke hotel.. kami menjamu selera.. walaupun makanan yang dihidangkan nampak agak sedap.. saya rasa macam.. ermm.. tak lalu nak makan.. Oh Malaysia di hatiku.. hahahaha
Appertizer mlm ini.. Sup taugeh.. saya x pernah rasa di Malaysia.. hahhaha

Makanan yang hidangkan utk kami malam tu

Seterusnya balik ke hotel.. mandi2..dan geng2 kami keluar pergi massage..
huhhuu..tapi xde gambar la .. terlupa .. sorry!!