Thursday 31 January 2013

Bali Oh Bali Part 3



Melasti Jimbaran bahagian luar-tepi pantai


Pintu bahagian tepi pantai



Nice Environment


Sorry.. sorry.. sorry..
kepada yang ternanti-nanti post Bali Oh Bali Part 3. Anyway di China memang tak boleh buka blog, so.. tak dapat la saya merepek2 ketika disana. So, dah balik Malaysia baru la boleh merepek2 dengan jayanya.. hahhaha..

Agak kecewa utk post kali ni sebab saya taip kali ke2 sebab blogspot ada error, so N3 dah nak hampir siap terus hilang macamtu sahaja. Anyway, saya harap kali ni memang tak ada masalah.. lebih2 lagi saya masih ada N3 utk kids, N3 ke China dan beberapa N3 yang saya nak share..
Gambar di Uluwatu sebelum ke Melasti Jimbaran


 
Bahagian depan Melasti Kedongan Cafe
So, dari saya terus merepek dan merepek.. ini adalah N3 untuk Bali Oh Bali Part 3. Sambungan dari setelah enak2 menjamu mata di Uluwatu.. kami bergerak ke Melasti Jimbaran yang ambil masa kira2 1 jam. Agak lama dan menjemukan. Ada juga yang tertidur sebab keletihan.
Sampai jer kat Melasti Jimbaran suasana agak suram2.. mungkin budaya dia sana begitu.. kata lain untuk menikmati suasana matahari terbenam..hik.


 

Tapi agak kecewa sebab tak sempat nak tangkap gambar apa yang saya makan sebab kami semua kelaparan, so.. pas dapat jer makanan terus jer makan tanpa toleh kiri kanan.. hahha..
 
Depan pintu masuk restoren
 Ada dikalangan kawan2 yang pergi tengok permandangan.. but saya agak kelaparan.. so kami tak minat pun nak tengok sunset.. hahaha..

Masa tu kami fikir nak makan jer.. dan lapar.. sebab last kami kami makan pkl 2 petang, itupun makan maggi.. huhuhu.. perjalanan yang agak menjengkelkan..kahkah.. sebab lapar..

Dapat pulak makan semeja dengan geng2 KL, so.. apa lagi masing2 cam pirana.. kahakah..

Sambal makanan agak sedap tapi agak mendukacitakan bagi ketam dia sebab x fresh dan tak berapa sedap. Ikan xde masalah..sedap!!!

Cara hidangan plak ala-carte.. supaya semua orang tak berebut2 kut.. huhuhu


Bergambar bersama penari


Setelah kami kekenyangan, suprise.. ada penari yang datang menari betul2 di depan pintu masuk restoren.. kecil2 jer penari dia..

Memang tradisi di sini mereka akan menari untuk pengunjung.. kiutkan.. muka mereka mirip orang Melayu di Malaysia tetapi kebanyakan mereka beragama Hindu.

Pakaian penari pulak melambangkan adat resam di sana..

Untuk restoren ni ada 4 penari.. seorang penari utama dan 3 lagi penari sampingan..

Gambar kat sebelah ni saya bersama dengan penari utama.. kecilkan.. kalau nak dibanding kan dengan orang kat sebelah tu.. huhuhu..




Gambar penari yang comel2 gitu
 






 
 


Wednesday 23 January 2013

Bali Oh Bali Part 2

Tadaa.. I'm back..
Hopefully kali ini saya akan citer part 2 Bali Oh Bali dengan lebih details lagi.
Kawasan Lobi White Rose Hotel, Bali

Kawasan Taman White Rose Hotel. Cik Pah posing ala2 Bollywood.. hikhik


Saya plak sibuk gak nak posing tempat yang sama


Kawasan Hotel gak.. agak luas..


Senarai nama2 mangsa yang terkorban.. mostly from Australia.
Anyway, disana kami stay di White Rose Hotel. Lebih kurang pkl 2pm kami sampai di lobi hotel. Hotel ni berdekatan dengan tugu peringatan di mana 200 mangsa menjadi korban bom pada 2002. Bila saya Pak Mandia bagitahu yang hotel ni berdekatan dengan tempat pengeboman tu, terasa lah sedikit cuak. Ye la.. bukan tragedi yg kecik. Satu dunia tahu yang banyak orang jadi mangsa. Ekonomi Bali pulak terus lumpuh waktu tu.


Bila samapi ke hotel dan dapat kunci bilik, kami bergegas masuk sebab kami cuma ada masa lebih kurang 1 1/2 jam saja untuk bersiap2 ke destinasi lain. Agak kelam kabut tapi jangan tak percaya, kami sempat jamah maggi kat bilik. Bravo2..lapar punya pasal.. apapun ok.. maggi bila dah sampai di Bali pon sodap..

Destinasi yang seterusnya adalah Uluwatu yang cantik dengan permandangan. Bila Pak Mandia bagitahu nak tengok Pura.. saya tak terfikir la Pura tu apa? Rupa2nya Pura tu adalah Kuil. 80% dari penduduk Bali adalah beragama Hindu. Setiap rumah mesti ada Pura..

Dari hotel , kami terus di bawa ke Uluwatu.. So suprise... Sampai kat sana kami di arahkan pakai tali pengikat pinggang sebagai adat org Bali. Yang berseluar pendek lagi la dasyat,, kena  pakai kain. Rasa macam lucu2 tgk boss2 pakai kain.. huhuhuhu..

Dan lagi suprise, kami di nasihatkan utk tidak pakai cermin mata ataupun sun glass... OMG.. rasa cam takde makna jalan tanpa panduan.. maklum saja la... hahhahaha...

Pak Mandia bagitahu, monyet2 kat sini terlatih amik sun glass atau cermin mata, so kena hati2 sebelum kena.. So, kena la berkorban sebelum kena.

Uluwatu.. very nice environment
Monyet kat sini mmg agresif.. fuhhh.. seram siot.. sekali dia cakar boleh trauma.. hahha. So, saya bergantung pada Cik Pah.. tolong tunjuk jalan.. kahkahkah..

Di Uluwatu ni angin memang kuat sampai nak buka mata pun tak boleh.. rasa habuk2 semua masuk ke mata.. kawasan ni plak mmg cantik tapi pada pandangan mata saya amatlah tak sesuai untuk bawa kanak-kanak.. sebab tebing ni mmg tinggi tapi tiada safety. Silap2 haribulan, yang bergurau senda boleh terjatuh kat sini.

Saya pun tak lepaskan peluang untuk ambil gambar kenang-kenangan kat sini.!!!. Satu perkara yang saya perhatikan di Bali ini, permandangan memang cantik, tapi kebersihan agak kurang dititik beratkan. Mungkin terlalu banyak pelancong kut.. kat bawah ni saya kongsikan beberapa gambar kenangan disana..




Gurauan ngeri.. kalau terlajak terus x balik  Malaysia

Angin yg betul2 kuat.. 

Me & Cik Pah.. 

Tetiba ada plak mamat Indon ni nak bergambar sama.. 

Nice view Cik Pah...

Lagak ngeri la konon

Cantiknya Laut okey!!!!

@puncak Uluwatu..

I like this picture

Me without My Mata...hukhukhuk
Okey2.. niat di hati nak continue lagi.. but I'm so sorry.. now dah dekat pukul 1.00 pagi.. saya nak kena chow dulu... OMG.. tomorrow saya kena buat preparation untuk trip ke China.. sorry kepada yang ternanti N3 yang seterusnya. Janji saya, saya akan cuba postkan Bali Oh Bali part 3 secepat mungkin...

Tadaaa.... 

P/S: Klik button shop here di atas.. dunia anak kecil anda ada di sana. Barangan kanak2 yang pasti mengembirakan anak anda.. selamat bershopping!!!

China Lagi..

Guangzhou here i'm come
Sorry pasal ada yang ternanti2 N3 ke Bali yang baru part 1.. just wanna to share, i'll going to China again.. Apapun saya akan teruskan N3 pasal trip ke Bali tu dan mungkin ambil masa sikit yer.. kalau boleh saya akan ceritakan lebih details agar yang berhajat untuk kesana dapat sedikit panduan..gambar2 yang saya paparkan ni adalah gambar previous trip yang masih di simpan dalam gobok external hardisk.
Gambar saya bersama bagasi yang penuh dengan makanan.. huhuhu


Gambar dari dalam MRT yang saya rasa agak selesa berbanding pengangkutan di Malaysia
Permandangan bandar Guangzhou dari sudut kenderaan roda 3
Apapun, thanks pada yang memahami. Trip saya selepas ini adalah ke Guangzhou China.Walaupun dah beberapa kali ke sana masih rasa tak puas dan tak habis untuk dijelajahi. Pada yang rasa nak memborong atau berjalan2, saya harap dapat kongsikan dengan lebih details untuk semua.


Doakan segala perjalanan berjalan dengan lancar dan sucess sekali..

Apapun, Cik Zalifah.. your order saya akan ingat!

Bali Oh Bali Part 1

Seni Reka Bali yang kaya ngan ciri2 pahlawan
Halo..halo..me on the house.. keh.keh..keh... Anyway, thanks pada yang sudi baca N3 yang agak2 tak berapa center ni.. hahaha.. Apapun syukur sebab dapat terus berblog lebih2 lagi exam pun dah abis.. fuh lega..so..boleh la tengok N3 yang merepek2 tahap gaban ni.. dah melalut plak.. dalam kekalutan menghadapi exam, company bawak la gi makan angin kat Bali. THANK YOU BOSS... very appreciated it.. anyway, sebab perjalanan kali ni secara solo.. erti kata lain tanpa keluarga atau ertikata lain tanpa Mr. Hubby.. so sedikit sebanyak agak lain dengan jalan2 cari makan sebelum ni.. kalau jalan-jalan cari makan sebelum ni, mesti my En. Hubby turut serta, kali ni saya pergi solo.. opsss.. dengan kawan2 se company.. memang best sebab pergi ngan dorang2 yang gila2 ni. Perjalanan start dari rumah pukul 7am. Awalkan? Bukan apa.. takut sangkut dalam trafic jam.. maklum la.. KL ni macamana.. especially masa peak hour. My. En Hubby yang hantar kat Airport.. THANK YOU DARLING.. sebelum tu ambik dulu Cik Pah kat rumah dia..sesampai je kat Airport.. kami terus check in kan beg yang dalamnya ada beg tu. Oleh kerana tu, lama jugak la berbaris kat Kaunter AirAsia tu, rasa nak longgar2 lutut.. maklum la belum bekpes.. :-)


Cik Zalifah.. sibuk menyembang dengan En Shah.. sementara tunggu ahli geng

Kami pulak kena tunggu2 kawan2 yang lain takut ada yang lupa bawak boarding pass.. nanti ada plak yang kena tinggal. Mesti sadis.. sambil2 tunggu tu muncul2 la sorang2,kat depan McD. Ok la tu.. saya ngan Cik Pah plak sibuk layan Adam dan Hawa. Sebab episod yang terakhir. tak kisah la, walaupun berdiri asalkan dapat layan. Bila semua dah sampai.. termasuk la Mr. Boss.. kami terus gi masuk.. lagipun waktu dah sampai.. daripada terkejar2, baik masuk dulu kan.. buatnya Q ramai lak kat dalam tu.. x pasal2 kena tinggal lak.. Nasib tak berapa baik hari ni.. Flight yang kami naik asyik annouce "please use your safety belt".. keadaan pun memang agak bergoncang dengan jayanya.. tapi ada satu perkara yang buat kami tak kering gusi..hahhaha.. kami naik flight AA Indonesia rupanya sebab??? terbaca seperti gambar disebelah:-)
hahhahah.. ada ramai penumpang terdiri daripada warga Indonesia.. nampak mmg teruja nak balik dari negara sendiri.. asyik senyum2 tgk aku. Aku rasa dorang ni dah salah makna.. aku sebenarnya tengok geng2 company yang ada kat belakang. hahhahaha.. bila jer flight tu bergoyang... OMG.. ada antara mamat ni yang muntah... arrr.. sadisnya.. masing2 dah muka pucat.. OPSSSSS...tak nak dah cerita pasal dorang ni.. Tgk2 kat bawah semua laut jer.. hah.. tu tandanya dah nak sampai.. perjalanan yang ambik masa 2 1/2 jam pun aku dah rasa macam 2 hari.. penat gelak.. penat tgk org mabuk.. semua pun ada.. anyway..permandangan Airport Ngurah Rai mmg cantik.. maklum lah, tepi laut. Angin sepoi2 bahasa. Tapi Airport Ngurah Rai sekarang dalam pembaikan atau naik taraf.. so,tak berapa selesa, lebih-lebih lagi kena naik beratur panjang di Imigresen yang memang tak nak senyum..
So, kami habiskan masa 4 hari disini.. so saya pun budget 4 part untuk N3 ke Bali..huhu.Sampai jer di Bali.. kami di jemput oleh tourist guide yang namanya Pak Mandara. Dia ni fasih berbahasa Inggeris, Perancis dan semestinya Indonesia.. di beri kalungan bunga. Rasa macam kat Hawai lak..hahhahah.. sekali sekala apa salahnya..kami naik Bas Kontot.. huhuhu.. best2.. susah nak jumpa bas ni kat Malaysia..


Apex's Geng with Big Boss - Mr. Soo




Cik Pah didepan lobi tempat kami menginap selama 4 hari - White Rose Hotel
Sesampai jer di hotel. Aku and the geng di beri masa lebih kurang 1 1/2 jam jer berehat,sebab nak ke destinsai yang seterunya..penat siot.. Destinasi ke seterusnya di part 2.. huhuhuhu..

Tuesday 8 January 2013

Bali Oh Bali

Cantikkan gambar kat atas ni..Ni la Bali Indonesia. Sebenarnya, saya bukan nak cerita tentang pengalaman pergi ke Bali sebab saya pun baru nak kesana minggu depan. Nak kata teruja sangat tu memang tak la.Sebab pergi atas sebab-sebab kerja. Lain la holiday dengan family ke.. ye tak? ni pergi sebab annual meeting..hahhaahahah teruja tu ada la 10% lebih kurang. Lagipun gi ngan budak2 seopis yg tak berapa nak center tu. ada la rasa skit..sebelum tu nak ajak budak Pah pergi beli baju nak ke sana. Tapi, bila? sadis-sadis. Jadual over penuh dengan exam. Kak Long masuk skolah lagi..huh..penat mak nok.. anyway..harap bila kat sana nanti boleh la rehar-rehat sikit. Apapun, saya harap boleh cite2 nanti apa yang saya buat kat sana. Chow chin chow.. huhuhu..