Thursday 20 December 2012

Taman Permainan Kanak-kanak

Rindunya nak ber'blog'. Oleh kerana saya sangat sibuk dengan project paper lagi.. sibuk dengan anak2.. kalau rasa ada tangan lapan, dah lama saya gunakan semuanya.. hari ni saya nak kongsikan kenapa perlunya playground di rumah.. atas permintaan En. Hubby nak kongsi kenapa perlunya playground ni di rumah.. So, boleh la kita share2 pengetahuan.. yer tak?
KESELAMATAN 1. Tempat awam tidak lagi selamat tanpa pengawasan. Penculikan kanak-kanak berlaku tanpa disedari.Keadaan taman permainan awam yang tidak diselanggara mendatangkan bahaya kemalangan 2.Dilaporkan ratusan ribu kanak-kanak dirujuk ke hospital kerana kemalangan di tempat permainan awam di seluruh dunia. Keadaan alam sekitar yang semakin tidak bersih boleh menyebabkan anak kecil ini diserang penyakit berkaitan paru-paru dan pernafasanGambar dipetik dari http://forum.digitalmukmin.org/
KEBERSIHAN 1.Set taman permainan di dalam rumah mudah diselenggara dan dibersihkan. Taman permainan awam tidak pernah diselenggara. 2. SENARIO BIASA TAMAN PERMAINAN DI MALAYSIA Dahan pokok yang reput boleh menyebabkan kanak-kanak mendapat kemalangan. Persekitaran yang kotor dan alatan yang pecah disana sini boleh mengundang bahaya
KEKANGAN MASA Ibu bapa mempunyai masa terhad untuk membawa dan menemani anak-anak ke taman permainan. Set taman permainan di rumah ini mampu mengeratkan hubungan sesama keluarga
2.Petang-petang di KL Ya. Ibubapa yang bekerja memang tiada kesempatan membawa anak- anak untuk bermain di playground. Kepenatan dan kestressan menghalang ibubapa menemani anak-anak mereka bermain di luar... Kepada yang berminat.. boleh lah layari blog kami.. click shop here di bahagian atas!!

Friday 14 December 2012

Tips Penjagaan Kain Sutera

Cantikkan gambar kat kain sutera kat atas ni.. ni la Bamboo Silk yang heboh diperkatakan. Anyway, hari ni nak story pasal camana nak jaga kain sutera ni. Maklumlah.. kain ni mmg lembut dan cantik.. sayangkan kalau rosak.
1. Pertama sekali..Jangan cuci kain sutera dengan mesin basuh. Kain sutera ni lembut, kalau cuci dengan mesin basuh.. habis la, walaupun sesetengah mesin basuh tu ada dry care la.. apa la.. no..no.. no..
2. Gunakan pelembut kain pada kadar yang sedikit sahaja. Sebaiknya gunakan shower gel ataupun syampoo.Bukan kata tak boleh guna pelembut kain langsung tau.. lagi baik guna shower gel ataupun shampoo sebab strukturnya yang lebih lembut. Pelembut kain terlalu kuat untuk sutera sebab kain sutera kan ke dah lembut.. hihihi.
3.Jangan perah kain sutera yang di basuh tu.. cukup2 sekadar celup2 jer.. lepas celup2 ngan sabun/shampoo.. bilas dengan air.. letak pelembut skit atau tak payah letak pun tak per.. pastu terus angkat dan sidai.. kalau bole jangan sidai kain sutera bawah panas matahari.. sebab kain sutera boleh jadi garing kalau panas sangat.. bila jadi macam tu kain sutera cepat rosak.
4.Gunakan kain yang lain untuk mengalas kain sutera apabila diseterika. Ini mengelakkan panas terlampau yang bolehkan kain sutera tu rosak atau berlubang.. ok.. itu saja tip untuk hari ni.. tadaaaaa.....

Thursday 13 December 2012

Borong Oh Borong di China PART 2

Okey, janji nak teruskan cerita di China mesti la kena teruskan.. Perkara pertama yang orang selalu fikir semasa di China adalah makanan.. termasuk la saya, dengan selera melayu yang tinggi dalam erti kata lain, menu utama adalah nasi... adalah keutamaan bagi saya. Sehari tak jumpa nasi, boleh lemah longlai.. macam tak makan sebulan. hahha..selera saya yang agak berbeza dengan En. Hubby.. En. Hubby saya amat senang dari segi makan2.. tak memilih.. tapi saya tetap dengan selera Melayu yang tinggi.. sampai saya sanggup balik kampung suruh my Bonda masak ikan bilis sambal dan rendang dinding utk bekalan.. sadis kan.. huhuhu.. memandang saya ni anak pompuan sorang mesti la my Bonda buatkan..ngeh..ngeh..ngeh.. THANK YOU MAK..
Anyway, tak le la sadis sangat bila kat China, sebab banyak restoran halal dah sekarang. Cuma kena dengan selera atau pun tak jer.. bila bab pasal makan ni.. boleh teringat En. Hubby beli roti tepi jalan masa kat China.. tgh panas boleh la.. dah sejuk umpama baling kat dinding, dinding yang retak.. kahkahkah.. oleh kerana tak nak membazir, kami pun simpan jer dalam beg galas.. sampai hotel.. tahu apa yang En. Hubby saya buat.. dia rendam roti tu dalam air milo yang panas2 tu supaya lembut... sadis2.. Ada beberapa restoran yang saya rasa kena dengan selera saya.. kedai LAMIN pun ok gak.. tapi jangan terkejut dengan kuantiti nya.. 2 kali ganda dari Malaysia tau.. selalu saya tak habis.. nasib baik ada En. Hubby yang tolong abiskan.. huhuhu...
Ada nampak tak orang berjalan sambil makan kat Malaysia.. ?? kalau ada pun makan roti, tapi kat China, sambil berjalan pun boleh makan mee.. masa mula2 ke China dulu gelak cam nak pecah perut tgk... hahhaha.. pastu dorang tengok saya balik, pasal per la pompuan ni gelak teruk sangat.. hahha.. di China, dorang punya pemikiran tak gelak kuat2 cam kat Malaysia..pasal air pulak.. rasanya memang boleh jaga kesihatan berbanding Malaysia.. kalau di China, ikut musim buah.. kalau musim buah oren, air oren merata2.. fresh lagi.. tanpa gula.. last trip musim buah delima. So, dapatkan saya dengan En. Hubby minum air buah delima yang fresh.. sedap.. tak dapat rasa kalau di Malaysia.. ;-) air segera di China juga sihat dan tak manis.. saya memang suka... cam air oren kat gambar sebelah ni...
Berkunjung ke China, tak sah kalau tak cuba satay kambing yg besar dan sedap tu.. menu wajib bagi my En. Hubby.. mesti cari di Beijing Lu pada waktu malam sambil santai2.. tapi di maklumkan.. Beijing Lu ni kawasan pelancong.. so, harga barangan agak mahal.. utk cuci mata ok la.. huhuhu.. pastikan cari di tempat yang betul untuk bershopping yer..
bila dah menulis ni rasa tak nak stop plak.. anyway.. sok saya keje..so, kena dapatkan rehat secukupnya.. InsyaAllah PART 3 akan menyusul.. tadaaaa.. bye..

Tuesday 11 December 2012

Kain Sutera - Bamboo Silk

Apa??? Bamboo..??? Kain Sutera Bamboo? Mesti pelikk dengarkan.. hahaha... Ada yang cakap tak gatal ke? Jangan salah anggap okey.. kain sutera ni amat lembut dan selesa di pakai.. di panggil kain sutera bamboo sebab kain sutera ni kan asal dari China.. China kan ke banyak Bamboo atau Buluh.. kira-kira cam trademark la.. huhuhu..kain sutera ni lembut dan tidak panas.. dengan harga yang berpatutan, pasti rasa puas hati kalau dapat dimiliki. Jangan terkejut pulak lepas ni kalau ada keluar Kain Sutera Panda.. kan ke China glamour ngan Panda.. hahhaha.. yang penting Genne Red tidak akan tawarkan barang yang tidak berkualiti.. kain sutera yang di tawarkan mestilah berkualiti.. Kepada peminat-peminat Kain Sutera, nantikan Kain Sutera Bamboo atau Bamboo Silk.. secepat mungkin kami akan cuba upload.. untuk tidak menghampakan peminat-peminat Kain Sutera yang sentiasa bagi sokongan pada kami.

Borong Oh Borong Di China PART 1

E3 kali ni atas request kawan-kawan yang nak dapatkan sedikit panduan untuk ber'shopping' di China. Anyway, dah lama saya nak cerita pasal ni.. tp keadaan amatlah tidak mengizinkan.. selain sibuk dengan kerja, di tambah pulak dengan assignment yang macam Gunung Kinabalu tu, saya pendamkan saje hasrat di hati.. ok.. nak mula dari mana pun x berapa pasti.. hihihi..blur sekejap.. Firstly, baik saya cerita apa yang perlu di persiapkan untuk kesana.. huhuuhuh Yang pertamanya adalah persiapan mental.. kalau kesana untuk bershopping.. rasa nya memang tak ada masalah.. kalau untuk memulakan perniagaan.. sebaiknya fikir apa yang ingin di niagakan untuk memudahkan arah tuju.. kalau tidak, boleh sesat jalan.. hahhaha.. bukan kerana tak tahu jalan.. tp tak boleh pilih apa yang nak di beli.. semuanya bole bagi rambang mata..banyak pilihan.. dari barangan permainan, hiasan rumah, kain-kain dan sebagainya.
Yang keduanya, kaji cuaca disana.. jika pergi hujung bulan 11 hingga bulan 1, cuaca mmg sejuk lagi menyejukkan.. jalan merata tempat tapi peluh pun tak keluar.hahhaha.. org yang susah nak pakai selimut di Malaysia walaupun tidur di dalam aircond, boleh pakai 2 selimut tau kat sana.. hahhaha.. jangan terasa yer En. Hubby..kahkahkah.. itu realiti.. Yang ketiganya adalah duit. Peniaga di China tidak terima matawang lain selain Yuen. Kalaupun ada US Dollar sekalipun, urusniaga tak jalan. So, pastikan anda ada buat tukaran matawang atau aktifkan ATM Plus yer.. juga pastikan ATM Plus yang di aktifkan tu kadnya berada dalam keadaan yang baik.. jangan makan dalam yer En. Hubby.. dengan kad yang ala2 nak nazak tu.. nyaris2 kita pandang jer barang2 yang ada kat China tu.. hahha.. kalau tidak barang permainan entah kemana.. kain sutera ke laut la jawabnye..huhuhuhu...
Perjalanan yang ambik masa 4 jam juga boleh bagi rasa2 ala2 scary bagi orang cam saya, tak kena gaya.. pening bagai nak gila.. kalau time ok tu.. semua ok.. hhaha.. kalau nak jimat cam saya, saya pilih Airasia.. anyone can fly. hahha.. Konon2 rasa penerbangan tu cam kejap jer.. apa ada dengan 4 jam, tp selepas tu rasa nak nangis sebab lama.. huhuhu.. so, saya dan En. Hubby buat la aktiviti.. aktiviti per????
Aktiviti makan dan makan.. rasa2 pramugari Airasia mesti kata.. dorang ni asyik makan jer... siapa lagi nak support makanan kat Airasia kan.. orang2 cam kami la.. hahaha..lalalla...pas makan.. saya dengan En. Hubby paksakan diri untuk tidur.. persediaan fizikal supaya bertenaga setibanya di Baiyun Airport nanti..kahkahkah.. yang ado.. sebenarnya, takut terkeluar balik sebab makan banyak.. ngeh..ngeh..ngeh..
Sesudah sampai di Baiyun Airport, kami pun gegas2 cam orang lain gak.. hahahha.. sebenarnya tak ada apapun yang kami nak kejar.. cuma terikut2 sebab org2 China jalan laju tau.. boleh semput kalau ikut.. Dari airport kami pilih pengangkutan awam yang mmg murah kat sana.. keretapi atau namanya METRO.. ala2 lrt la kalau kat Malaysia.Tapi, bawah tanah..every 5 minutes dia jalan. Laju dan murah..
Untuk pastikan tempat yang kami nak tuju tu tak tersasar.. di tangan kami sentiasa ada map.. map ditulis dalam bahasa China dan bahasa kita, bahasa Melayu..senang nak faham..oleh kerana kami pilih Aiqun Hotel, setibanya di Guangzhou Railway Station, kami pilih kenderaan roda 3 utk ke Aiqun Hotel.
Harga kenderaan ni lebih mahal tau berbanding teksi kat sini.. rasanya sebab tak pakai helmet ngan kenderaan ni cepat sampai.. kalau jalan raya sesak, dia boleh ikut jalan pejalan kaki.. hahhaha.. scary tau kali pertama naik.. bila dah naik byk kali.. best la pulak.. selalu nak cari kenderaan ni kalau kat sana sampai En. Hubby naik tension sebab harga dia lebih mahal dari teksi,tapi wife punya pasal dia ikutkan.. huhuhu.. tq En. Hubby.. so far.. tempat yang dituju selamat tiba... maklum la bak kata En. Hubby, kali ni ala2 honeymoon untuk kami sebab dapat rehat dan cuti lebih lama....kahkahkah...
Aiqun hotel ni betul2 berhadapan dengan sungai.. sesuai juga untuk datang melancong.. pekerja pun ramah.. tp lif hotel ni share ngan restoran berpusing.. so, jadi mcm x best sangat.. kena tunggu lama. Nasib baik bilik aras 3, sesak2 naik tangga jer.. tp kami sanggup tunggu... sebab dah penat.. hahhahaha... selesai urusan untuk masuk hotel.. kami lepak2 kat bilik lebih kurang sejam.. selesai solat Zohor, kami cepat2 keluar.. menikmati permandangan.. huhuhu.. Opss.. rasa2 cukup utk hari ni.. sian my kiut miut 2 org tu dah panggil nak ajak teman tidur.. sambung esok lak.. tadaaaa...

Thursday 6 December 2012

Kain Sutera Kepakaran Kami

Kenapa pilih kain sutera? Firstly nak cerita skit. Mula-mula tak sangka jugak boleh serius dalam bidang ni. Memandangkan saya seorang yang agak simple, mungkin kawan-kawan terdekat pun tak sangka yang perniagaan ini sangat serius bagi saya sekarang? Kain Sutera China???? Bermula dengan kawan-kawan yang suka sangat kirim dengan saya Kain Sutera bila saya melancong, boleh jadikan penyebab kenapa saya sangat pakar dalam bidang ni. Anyway, thanks juga dekat kawan2 yang jadi penyebab..hohoho.. THANK YOU KAWAN-KAWAN!!!!!... Bila sembang2 dengan supplier kami di China.. suatu hari dia bukak mulut.. Bunyi nye lebih kurang macam ni.. "everytime u datang beli byk kain.. knp u tak berniaga saja di Malaysia?" OMG... toing.. terus saya terfikir."Erm.. ye tak ye jugak". Memandangkan hubby saya sangat sibuk dengan perniagaan permainan kanak-kanak, mengapa saya tak cuba untuk kain sutera.. Boleh apa?? Malaysia boleh!!! Ngeh..ngeh..ngeh.. Buat masa sekarang, saya hanya membantu my hubby. Yang lain2 dia yang uruskan kerana kekangan masa.. memandangkan saya full time worker and part time student..itu dah cukup bagi saya full kan schedule saya tiap2 hari.. cuma hari cuti saja yang ada kelapangan yang bolehkan saya jenguk2 kain saya..hurmmm..itupun kalau saya tak ada appointment dengan 2 sepupu saya yang paling seksi tu.. kuikuikui.. memandangkan hari ni dorang sibuk nak duduk umah sebab nak sakat si Wan.. ? sapa Wan? oooo...no..no..no.. bukan boyfriend okey.. Wan adalah si meow2 housemate dorang.. hahhaha.. dorang masih single mingel.. kahkahaka.. Opss..bebalik pasal kain sutera...kenapa sesiapa yang nak berniaga pun kami galakkan.. jangan risau.. kain sutera yang terbaik dengan harga yang amat berpatutan kami tawarkan...Kain sutera ni sebenarnya banyak jenis.. ada yang agak panas, dan ada yang sangat2 sejuk bila di pakai tapi jangan bimbang.. Bak kata hubby saya dengan motonye "Kami jual hanya yang terbaik", kami tak menjual kain sutera yang agak panas dan tidak sesuai di pakai di Malaysia.. kerana kami faham sebab saya pun pengguna juga.. Genne Red amat mementingkan kualiti. Pada masa ni kami tawarkan beberapa jenis kain sutera.. antaranya Kain Sutera Cotton, Kain Sutera Pure 1st Grade, Kain Sutera Pure 2nd Grade, Kain Sutera Calsa dan Kain Sutera Raja..bole lawati shop kami di atas.. kat situ ada semua barangan yang di tawarkan di Genne Red. Mudah kan??

Now Open

Genne Red - Pakar Pembekal Kain Termurah Anda!!