Tuesday, 11 December 2012
Borong Oh Borong Di China PART 1
E3 kali ni atas request kawan-kawan yang nak dapatkan sedikit panduan untuk ber'shopping' di China. Anyway, dah lama saya nak cerita pasal ni.. tp keadaan amatlah tidak mengizinkan.. selain sibuk dengan kerja, di tambah pulak dengan assignment yang macam Gunung Kinabalu tu, saya pendamkan saje hasrat di hati.. ok.. nak mula dari mana pun x berapa pasti.. hihihi..blur sekejap..
Firstly, baik saya cerita apa yang perlu di persiapkan untuk kesana.. huhuuhuh
Yang pertamanya adalah persiapan mental.. kalau kesana untuk bershopping.. rasa nya memang tak ada masalah.. kalau untuk memulakan perniagaan.. sebaiknya fikir apa yang ingin di niagakan untuk memudahkan arah tuju.. kalau tidak, boleh sesat jalan.. hahhaha.. bukan kerana tak tahu jalan.. tp tak boleh pilih apa yang nak di beli.. semuanya bole bagi rambang mata..banyak pilihan.. dari barangan permainan, hiasan rumah, kain-kain dan sebagainya.
Yang keduanya, kaji cuaca disana.. jika pergi hujung bulan 11 hingga bulan 1, cuaca mmg sejuk lagi menyejukkan.. jalan merata tempat tapi peluh pun tak keluar.hahhaha.. org yang susah nak pakai selimut di Malaysia walaupun tidur di dalam aircond, boleh pakai 2 selimut tau kat sana.. hahhaha.. jangan terasa yer En. Hubby..kahkahkah.. itu realiti..
Yang ketiganya adalah duit. Peniaga di China tidak terima matawang lain selain Yuen. Kalaupun ada US Dollar sekalipun, urusniaga tak jalan. So, pastikan anda ada buat tukaran matawang atau aktifkan ATM Plus yer.. juga pastikan ATM Plus yang di aktifkan tu kadnya berada dalam keadaan yang baik.. jangan makan dalam yer En. Hubby.. dengan kad yang ala2 nak nazak tu.. nyaris2 kita pandang jer barang2 yang ada kat China tu.. hahha.. kalau tidak barang permainan entah kemana.. kain sutera ke laut la jawabnye..huhuhuhu...
Perjalanan yang ambik masa 4 jam juga boleh bagi rasa2 ala2 scary bagi orang cam saya, tak kena gaya.. pening bagai nak gila.. kalau time ok tu.. semua ok.. hhaha.. kalau nak jimat cam saya, saya pilih Airasia.. anyone can fly. hahha.. Konon2 rasa penerbangan tu cam kejap jer.. apa ada dengan 4 jam, tp selepas tu rasa nak nangis sebab lama.. huhuhu.. so, saya dan En. Hubby buat la aktiviti.. aktiviti per????
Aktiviti makan dan makan.. rasa2 pramugari Airasia mesti kata.. dorang ni asyik makan jer... siapa lagi nak support makanan kat Airasia kan.. orang2 cam kami la.. hahaha..lalalla...pas makan.. saya dengan En. Hubby paksakan diri untuk tidur.. persediaan fizikal supaya bertenaga setibanya di Baiyun Airport nanti..kahkahkah.. yang ado.. sebenarnya, takut terkeluar balik sebab makan banyak.. ngeh..ngeh..ngeh..
Sesudah sampai di Baiyun Airport, kami pun gegas2 cam orang lain gak.. hahahha.. sebenarnya tak ada apapun yang kami nak kejar.. cuma terikut2 sebab org2 China jalan laju tau.. boleh semput kalau ikut..
Dari airport kami pilih pengangkutan awam yang mmg murah kat sana.. keretapi atau namanya METRO.. ala2 lrt la kalau kat Malaysia.Tapi, bawah tanah..every 5 minutes dia jalan. Laju dan murah..
Untuk pastikan tempat yang kami nak tuju tu tak tersasar.. di tangan kami sentiasa ada map.. map ditulis dalam bahasa China dan bahasa kita, bahasa Melayu..senang nak faham..oleh kerana kami pilih Aiqun Hotel, setibanya di Guangzhou Railway Station, kami pilih kenderaan roda 3 utk ke Aiqun Hotel.
Harga kenderaan ni lebih mahal tau berbanding teksi kat sini.. rasanya sebab tak pakai helmet ngan kenderaan ni cepat sampai.. kalau jalan raya sesak, dia boleh ikut jalan pejalan kaki.. hahhaha.. scary tau kali pertama naik.. bila dah naik byk kali.. best la pulak.. selalu nak cari kenderaan ni kalau kat sana sampai En. Hubby naik tension sebab harga dia lebih mahal dari teksi,tapi wife punya pasal dia ikutkan.. huhuhu.. tq En. Hubby.. so far.. tempat yang dituju selamat tiba... maklum la bak kata En. Hubby, kali ni ala2 honeymoon untuk kami sebab dapat rehat dan cuti lebih lama....kahkahkah...
Aiqun hotel ni betul2 berhadapan dengan sungai.. sesuai juga untuk datang melancong.. pekerja pun ramah.. tp lif hotel ni share ngan restoran berpusing.. so, jadi mcm x best sangat.. kena tunggu lama. Nasib baik bilik aras 3, sesak2 naik tangga jer.. tp kami sanggup tunggu... sebab dah penat.. hahhahaha... selesai urusan untuk masuk hotel.. kami lepak2 kat bilik lebih kurang sejam.. selesai solat Zohor, kami cepat2 keluar.. menikmati permandangan.. huhuhu..
Opss.. rasa2 cukup utk hari ni.. sian my kiut miut 2 org tu dah panggil nak ajak teman tidur.. sambung esok lak.. tadaaaa...
Labels:
Cerita Jalan-jalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment