Thursday, 13 December 2012

Borong Oh Borong di China PART 2

Okey, janji nak teruskan cerita di China mesti la kena teruskan.. Perkara pertama yang orang selalu fikir semasa di China adalah makanan.. termasuk la saya, dengan selera melayu yang tinggi dalam erti kata lain, menu utama adalah nasi... adalah keutamaan bagi saya. Sehari tak jumpa nasi, boleh lemah longlai.. macam tak makan sebulan. hahha..selera saya yang agak berbeza dengan En. Hubby.. En. Hubby saya amat senang dari segi makan2.. tak memilih.. tapi saya tetap dengan selera Melayu yang tinggi.. sampai saya sanggup balik kampung suruh my Bonda masak ikan bilis sambal dan rendang dinding utk bekalan.. sadis kan.. huhuhu.. memandang saya ni anak pompuan sorang mesti la my Bonda buatkan..ngeh..ngeh..ngeh.. THANK YOU MAK..
Anyway, tak le la sadis sangat bila kat China, sebab banyak restoran halal dah sekarang. Cuma kena dengan selera atau pun tak jer.. bila bab pasal makan ni.. boleh teringat En. Hubby beli roti tepi jalan masa kat China.. tgh panas boleh la.. dah sejuk umpama baling kat dinding, dinding yang retak.. kahkahkah.. oleh kerana tak nak membazir, kami pun simpan jer dalam beg galas.. sampai hotel.. tahu apa yang En. Hubby saya buat.. dia rendam roti tu dalam air milo yang panas2 tu supaya lembut... sadis2.. Ada beberapa restoran yang saya rasa kena dengan selera saya.. kedai LAMIN pun ok gak.. tapi jangan terkejut dengan kuantiti nya.. 2 kali ganda dari Malaysia tau.. selalu saya tak habis.. nasib baik ada En. Hubby yang tolong abiskan.. huhuhu...
Ada nampak tak orang berjalan sambil makan kat Malaysia.. ?? kalau ada pun makan roti, tapi kat China, sambil berjalan pun boleh makan mee.. masa mula2 ke China dulu gelak cam nak pecah perut tgk... hahhaha.. pastu dorang tengok saya balik, pasal per la pompuan ni gelak teruk sangat.. hahha.. di China, dorang punya pemikiran tak gelak kuat2 cam kat Malaysia..pasal air pulak.. rasanya memang boleh jaga kesihatan berbanding Malaysia.. kalau di China, ikut musim buah.. kalau musim buah oren, air oren merata2.. fresh lagi.. tanpa gula.. last trip musim buah delima. So, dapatkan saya dengan En. Hubby minum air buah delima yang fresh.. sedap.. tak dapat rasa kalau di Malaysia.. ;-) air segera di China juga sihat dan tak manis.. saya memang suka... cam air oren kat gambar sebelah ni...
Berkunjung ke China, tak sah kalau tak cuba satay kambing yg besar dan sedap tu.. menu wajib bagi my En. Hubby.. mesti cari di Beijing Lu pada waktu malam sambil santai2.. tapi di maklumkan.. Beijing Lu ni kawasan pelancong.. so, harga barangan agak mahal.. utk cuci mata ok la.. huhuhu.. pastikan cari di tempat yang betul untuk bershopping yer..
bila dah menulis ni rasa tak nak stop plak.. anyway.. sok saya keje..so, kena dapatkan rehat secukupnya.. InsyaAllah PART 3 akan menyusul.. tadaaaa.. bye..

No comments:

Post a Comment