Friday, 14 December 2012

Tips Penjagaan Kain Sutera

Cantikkan gambar kat kain sutera kat atas ni.. ni la Bamboo Silk yang heboh diperkatakan. Anyway, hari ni nak story pasal camana nak jaga kain sutera ni. Maklumlah.. kain ni mmg lembut dan cantik.. sayangkan kalau rosak.
1. Pertama sekali..Jangan cuci kain sutera dengan mesin basuh. Kain sutera ni lembut, kalau cuci dengan mesin basuh.. habis la, walaupun sesetengah mesin basuh tu ada dry care la.. apa la.. no..no.. no..
2. Gunakan pelembut kain pada kadar yang sedikit sahaja. Sebaiknya gunakan shower gel ataupun syampoo.Bukan kata tak boleh guna pelembut kain langsung tau.. lagi baik guna shower gel ataupun shampoo sebab strukturnya yang lebih lembut. Pelembut kain terlalu kuat untuk sutera sebab kain sutera kan ke dah lembut.. hihihi.
3.Jangan perah kain sutera yang di basuh tu.. cukup2 sekadar celup2 jer.. lepas celup2 ngan sabun/shampoo.. bilas dengan air.. letak pelembut skit atau tak payah letak pun tak per.. pastu terus angkat dan sidai.. kalau bole jangan sidai kain sutera bawah panas matahari.. sebab kain sutera boleh jadi garing kalau panas sangat.. bila jadi macam tu kain sutera cepat rosak.
4.Gunakan kain yang lain untuk mengalas kain sutera apabila diseterika. Ini mengelakkan panas terlampau yang bolehkan kain sutera tu rosak atau berlubang.. ok.. itu saja tip untuk hari ni.. tadaaaaa.....

No comments:

Post a Comment